RM0

Coretan pendek ini meneroka corak pemikiran yang perlu disesuaikan dengan corak pemikiran yang diajar oleh al-Qur’an serta nilai-nilai Islam dalam menghadapi situasi pandemik. Apa yang bakal dihadapi pada Ramadan kali ini dibincangkan secara ringkas. Kerjasama erat semua yang terlibat diberi penekanan; fokus diberi pada penyesuaian yang perlu diambil oleh di peringkat individu serta organisasi dalam menghadapi COVID-19 pada Ramadan kali ini.

Category:

Description

Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam. Ia adalah bulan memperingati turunnya wahyu terakhir dari Tuhan, iaitu al-Qur’an; 30 hari yang diraikan dengan puasa dan ibadah. Ramadan bukan sahaja dihayati dengan menambah ibadah bagi mendekatkan diri kepada Tuhan, malah dengan memperbaiki hubungan sesama manusia dengan bersikap pemurah dan bersedekah. Dalam dunia umat Islam, Ramadan ialah bulan ‘perayaan’ yang besar.

Dengan kehadiran COVID-19, Ramadan tahun ini pastinya berbeza. Cara kita berinteraksi antara satu sama lain kian berubah apabila penjarakan sosial dan perintah berkurung dilaksanakan. Ramai yang berpendapat bahawa akan menyusul satu ‘norma baharu’ dalam cara kita bersosial berikutan pandemik ini. Pastinya Ramadan kali ini dan juga pada tahun-tahun yang bakal mendatang akan terkesan dengan ‘gaya hidup’ baharu ini.

Coretan pendek ini meneroka corak pemikiran yang perlu disesuaikan dengan corak pemikiran yang diajar oleh al-Qur’an serta nilai-nilai Islam dalam menghadapi situasi pandemik. Apa yang bakal dihadapi pada Ramadan kali ini dibincangkan secara ringkas. Kerjasama erat semua yang terlibat diberi penekanan; fokus diberi pada penyesuaian yang perlu diambil oleh di peringkat individu serta organisasi dalam menghadapi COVID-19 pada Ramadan kali ini.

Bagi kita, COVID-19 merupakan satu peringatan; agar manusia kembali kepada Tuhan. Bilakah masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian melainkan pada bulan khas di mana rahmat dan pengampunan Tuhan didamba; Tuhan yang Maha Esa dan hanya layak disembah, Pencipta Alam Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya tidak pernah pun dibelenggu.